Harga minyak makin naik, Ahmad Maslan menggalakkan penggunaan basikal bagi perjalanan jarak dekat

Advertisements
Advertisements

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mencadangkan tujuh langkah bagi menangani kenaikan harga minyak susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat, termasuk menggalakkan penggunaan basikal bagi perjalanan jarak dekat. Ahli Parlimen Pontian itu berkata, cadangan lain termasuk memperbanyakkan pengeluaran, penjualan dan penggunaan kenderaan elektrik (EV) seperti kereta, motosikal dan bas.

Selain itu, beliau turut mengesyorkan supaya kajian serta pembinaan kilang biodiesel berasaskan kelapa sawit untuk kegunaan berskala besar dipertingkatkan. “Untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam menangani kenaikan harga petrol dan diesel, cadangan saya ini boleh difikirkan antaranya memberi insentif kepada carpooling iaitu berkongsi kenderaan ke tempat kerja.

Cadangan lain ialah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam daripada menggunakan kenderaan sendiri,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Jumaat. Ketegangan di Asia Barat kian memuncak sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari. Impak daripada perkembangan itu menyaksikan harga minyak global meningkat, sekali gus memaksa beberapa negara mengambil langkah drastik bagi mengurangkan tekanan akibat kekurangan bekalan bahan api.

Dalam pada itu, Ahmad turut mencadangkan agar kerajaan mencari laluan import dan eksport minyak yang tidak melalui kawasan sensitif atau berisiko konflik. Beliau pada masa sama berpandangan Malaysia perlu terus memperkukuh hubungan dagang dengan pelbagai negara bagi memastikan manfaat berterusan kepada rakyat.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version