Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, mendedahkan bahawa anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi disahkan menghidap Gangguan Kurang Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Ketika ditemui, Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd Rashid, 41, menyedari kelainan pada Yusoff sejak anaknya itu berusia seawal satu tahun lagi kerana sifatnya yang terlalu aktif.
“Anak saya Qadejah dan Ibraheem sebelum ini pernah disahkan menghidap disleksia. Mereka bersekolah di sekolah khas lebih kurang enam bulan dan bila sudah okay, baru dipindah ke sekolah biasa. Jadi apabila saya melihat Yusoff, saya sudah dapat rasa dia lain sebab dia sangat aktif dan pada umur satu hingga dua tahun, setiap hari ada benjol di kepala.
Dia pun pernah duduk di atas genting rumah, ketika dia berusia lima tahun, katanya dia mahu jadi ‘superhero’. Kolam ikan pun dia terjun sebab dia tak rasa takut dan dia seronok.” Mengulas lanjut, Shahida dia terdetik untuk membawa Yusoff bertemu pakar kanak-kanak rentetan beberapa insiden yang berlaku di sekolah.
“Saya bawa jumpa pakar pun, sebab Yusoff ada isu di sekolah. Anak yang menghidap ADHD ini tidak suka apabila dirinya ditekan-tekan dan bila ada yang terlalu ramah dengannya, dia tak suka jadi dia menolak dengan cara kasar. Perkara itu sudah berlaku beberapa kali dan saya memutuskan untuk keluarkan dia dari sekolah lama dan hantar dia di sekolah yang berdekatan dengan rumah.
Dia akan balik awal untuk pergi terapi dan alhamdulillah saya nampak dia kurang lasak sekarang.” Shahida berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Brandfilm Raya D’Herbs yang bertajuk ‘Ya, Abang Saya Sekuriti’ bertempat di GSC IOI Mall Damansara pada Isnin. Difahamkan berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan, pakar mengesahkan bahawa keadaan tersebut berpunca daripada faktor genetik.
“Bila saya tanya suami saya, dia berusia 12 tahun baru dia boleh membaca. Dia keliru kiri dan kanan, kasut terbalik dan sebagainya. Jadi bermula dengan Qadejah, saya sudah ada ilmu mengenai ADHD. Bila mereka sebegitu, saya sudah fikir janganlah anak yang lain pun ada ADHD juga dan apabila melihat Yusoff sebegitu, saya cuba menidakkan tapi akhirnya saya kena terima dia mempunyai genetik bapanya kerana Aliff juga ada ADHD.”
Sebagai ibu, Shahida menegaskan bahawa dia sama sekali tidak menganggap anak-anaknya sebagai golongan kurang upaya, sebaliknya menyifatkan mereka sebagai kanak-kanak normal yang hanya mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. “Qadejah dan Ibraheem sudah okay bila membesar kerana kita sudah hantar mereka menghadiri terapi. Macam Yusoff, dia tak cepat letih, sentiasa aktif dan kita tak boleh leka, mesti ada seorang yang fokus menjaganya.
Saya tak anggap dia kurang upaya, pada saya mereka normal cuba cara mereka belajar berbeza. Saya percaya kalau mereka hantar ke terapi, mereka akan okay, sama seperti Qadejah yang dulu tidak boleh membaca pada usianya tujuh tahun tapi sekarang ini dia sangat bagus dalam pelajarannya. Saya akui dulu saya ‘down’ melihat Qadejah, tapi bila tengok maklum balasnya positif, saya okay.
Mungkin di pihak saya, saya rasa beruntung sebab saya mampu dari segi kewangan, jadi pada mereka yang tidak berkemampuan, ada saja pusat terapi yang disediakan, cuma kita kena pandai cari.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
