Nama selebriti, Bella Astillah menjadi sebutan apabila seorang individu tampil membuat dakwaan aktres dan penyanyi itu tidak membenarkan anak-anaknya berjumpa dengan bekas suami yang juga pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz. Menerusi ciapan di Threads, individu berkenaan turut menggelarkan Bella sebagai seorang yang gedik kerana sering membawa anak-anaknya meluangkan masa bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
“Gedik betul Bella Astillah. Anak-anak tak bagi bekas suami langsung dah bertahun-tahun. Tak nak bagi anak-anak confuse katanya. Bawa jumpa Syed saddiq menggatal boleh pula,” dakwa individu berkenaan. Ciapan itu lantas mendapat respon adik kepada Bella iaitu Didi Astillah yang tampil membidas individu berkenaan. Ujar Didi, apa yang ditulis individu tersebut hanyalah fitnah tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang tapi tak tahu cerita sepenuhnya,” katanya. Untuk rekod, , Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016. Mereka kemudiannya berpisah pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum berpisah buat kali kedua pada Mac 2024. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
