PENERBIT dan pengarah Erma Fatima minitpkan doa buat pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman dalam satu hantaran di Instagram miliknya. Erma, 58, berkongsi video berkenaan selepas Fattah dan Amira dipercayai hadir pada majlis iftar anjurannya. Menerusi ruangan kapsyen, Erma memohon supaya hubungan kasih sayang antara pasangan itu sentiasa berkekalan. Klik sini untuk lihat video.
Malah Erma turut mendoakan agar Fattah dan Amira sentiasa diberikan nikmat kebahagiaan serta dijauhkan daripada hasad dengki. “Ya Allah, kau peliharalah kasih sayang mereka hingga ke Jannah. Limpah kurniakan kepada mereka nikmat kebahagiaan. Jauhi mereka daripada hasad dengki,” ujarnya. Dalam hantaran tersebut, Erma dan Amira kelihatan mesra bertegur sapa dan berpelukan.
Malah Erma juga sempat bergurau senda bersama Fattah dengan gelaran tunang. Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet terhibur melihat gelajat Erma dan Fattah. “Fattah dah kahwinlah, jadinya dah jadi bekas tunang. “Masih tunang ke? Hahaha,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
