Mungkin terpaksa raya di hospital, Jamal Abdillah alami masalah angin pasang

Advertisements
Advertisements

Penyanyi legenda, Jamal Abdillah kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang selepas disahkan menghidap hernia atau angin pasang. Memetik laporan, perkembangan itu dimaklumkan isterinya, Zai Izzati Khiruddin, 29, yang berkata suaminya telah menjalani operasi sekitar jam 11 pagi, pada Khamis. Menurut Izzati, masalah tersebut mula disedari ketika Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 67, sedang membuat persembahan pada awal Ramadan lalu apabila tiba-tiba berasa sakit di bahagian bawah perut.

“Sebenarnya baru saja dikesan pada awal Ramadan lalu. Waktu itu dia sedang membuat persembahan dan tiba-tiba mengadu sakit di bahagian bawah perut. Kami terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor ambil keputusan untuk melakukan pembedahan segera. Dah tak ada cara lain. Buat masa ini suami saya masih lagi berada di dalam bilik bedah sejak pukul 11 pagi tadi. Doakan semoga urusan pembedahan berjalan lancar,” katanya, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Izzati memaklumkan keputusan untuk menjalani operasi dibuat di sebuah pusat perubatan swasta di Pulau Pinang kerana kebetulan Jamal mempunyai komitmen persembahan di negeri itu. Malah, beliau tidak menolak kemungkinan mereka akan menyambut Aidilfitri di hospital. “Kami melakukan pembedahan di hospital di Pulau Pinang sebab kebetulan suami saya ada persembahan di sini.

Lagipun kalau buat di Kuala Lumpur takut lambat. Suami saya perlu melakukan pembedahan ini secepat mungkin sebab bulan depan dia dah mula sibuk dengan persembahan pentas. Takut proses pemulihan lambat. Mungkin juga kami terpaksa beraya di hospital. Kalau boleh memang dia nak balik tapi saya minta duduk di hospital dulu takut ada pendarahan atau komplikasi lain,” tambahnya lagi.

Terdahulu, penyanyi itu memaklumkan sudah membuat keputusan untuk untuk mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL) setelah isterinya lima kali bersalin czer (caesarean section). Menurut penyanyi berusia 66 tahun, keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan risiko tinggi jika hamil lagi kerana isteri pernah melahirkan secara czer sebanyak lima kali.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version