Baru lah gentleman, Fazura luah rasa kagum dengan Kamal Adli sebab belikan baju raya untuk Uqasha Senrose dan anak

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan usahawan Fazura memuji tindakan aktor, Kamal Adli yang menyediakan baju raya untuk bekas isterinya, Uqasha Senrose serta anak mereka Hawra Uqaira. Menerusi perkongsian pengguna Threads, kelihatan Fazura sedang berada di sebuah premis perniagaan tekstil terkenal iaitu Jakel. Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, itu kemudian meluahkan rasa kagum apabila mengetahui Kamal membeli beberapa pasang baju kurung untuk Uqasha dan Hawra. Klik sini untuk lihat video.

“Kamal Adli belikan baju untuk Uqasha dan anaknya. Gentleman sangat. Kamal, saya respect sangat dekat awak.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Kamal sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab meskipun dia dan Uqasha telah memilih jalan perpisahan. Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 selepas lima bulan bertunang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version