Tunggu masa nak bersalin, rupanya ini sebab Kieda Crepe pilih untuk bersalin dekat hospital kerajaan

Advertisements
Advertisements

Usahawan Kieda Crepe mempunyai sebab tersendiri apabila dia memilih untuk bersalin di hospital kerajaan berbanding di hospital swasta. Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra berkongsi pengalaman yang baik ketika melahirkan dua cahaya matanya sebelum ini di hospital kerajaan. Menurut Kieda, baginya hospital kerajaan mempunyai fasiliti dan kepakaran yang lengkap.

“Dari anak sulung saya bersalin di Hospital Kepala Batas dan layanan dan wad sangat selesa. Sebarang masalah, ada pakar.” Selain itu, Kieda berkata, kos perubatan di hospital kerajaan lebih rendah berbanding di swasta, lalu dia membuat keputusan untuk menggunakan peruntukan wang yang disediakan suami bagi perbelanjaan keperluan lain sepanjang tempoh berpantang.

“Hospital ini juga dekat dengan rumah dan duit yang suami nak bayar kos di hospital swasta tu boleh saya guna dalam pantang. Sebab dalam pantang paling banyak guna duit. Saya ambil CL (confinement lady) selama 21 hari. Tambah Kieda lagi, yang penting untuknya adalah keselamatan diri dan juga bayi yang bakal dilahirkan nanti.

“Saya bukan orang senang, saya sedar diri. Bersalin di mana pun atas pilihan sendiri. Janji selamat ibu dan anak sudah cukup untuk kita rasa syukur.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version