Tekup muka pakai bantal, Nenek saudara luah rasa kesal terhadap perbuatan kjm seorang pengasuh

Advertisements
Advertisements

Pemergian bayi berusia empat bulan yang menyayat hati, Hayl Haarith meraih simpati orang ramai ekoran keadaan yang didakwa didera dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, nenek saudara kepada arwah Hayl Haarith meluahkan rasa kesal terhadap perbuataan kejam seorang pengasuh terhadap cucunya.

Dakwa nenek saudara arwah, pelaku bertindak menghentak Haarith ke dinding dan lantai selain menekup mukanya menggunakan bantal. “Apalah salah adik sampai dibuat oleh kekejaman syaitan bertopengkan manusia. Dihentak ke dinding dan lantai kemudian ditekup dengan bantal sampai adik pergi menghadap illahi.

Allah ambil adik di usia 4 bulan di bulan Ramadan. Indahnya rupa paras ahli syurga ini. Cantik bersih.” Dalam pada itu, nenek saudara yang dikenali sebagai Susan Sue turut menitipkan ucapan selamat tinggal ringkas seakan menggambarkan dirinya reda dengan takdir yang menimpa cucu saudaranya. “Sejuk dan harum bau bila neny cium pipi adik. Selamat kembali ke dunia abadi.”

Sebelum ini media melaporkan seorang bayi meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah pusat jagaan kanak-kanak 24 jam yang terletak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang. Kes berada dalam siasatan pihak berkuasa selepas keluarga bayi mendakwa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pusat jagaan itu menunjukkan terdapat unsur penderaan terhadap mangsa.

Jenazah bayi lelaki berusia empat bulan, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelulut, yang dihadiri ahli keluarga, sanak saudara serta penduduk kampung. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version