Akui kini hilang segalanya, Nonny Nadirah mohon sumbangan untuk menampung kehidupan seharian

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah, baru-baru ini menarik perhatian netizen selepas berkongsi tentang situasi kehidupannya sekarang. Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin, 36, mengakui dia kini kehilangan segalanya, termasuk perniagaan dalam talian yang diusahakannya. Klik sini untuk lihat video.

Katanya, keadaan itu telah mengubah hidupnya secara drastik sehingga menyukarkan dia untuk menjelaskannya kepada orang ramai. “Assalamualaikum, saya Nonny Nadirah, dari Malaysia. Kini saya ingin maklumkan, saya kehilangan segala-galanya dan susah untuk saya jelaskan sebenarnya. Pada tahun 2003, saya mulakan perniagaan dengan bermodalkan RM200.

Bukan sebagai penyanyi atau pelakon tetapi hanya untuk bekerja dari rumah sahaja.” Tambah Nonny, kehidupannya berubah selepas sokongannya terhadap Palestin, yang turut memberi kesan kepada kehidupannya. “Saya masih bekerja tapi disebabkan saya menyokong Palestine, mereka sekat semuanya. Kehidupan dan kerjaya sekali semuanya musnah. Jadi, dengan ini saya ingin mengutip dana kerana dengan cara ini sahaja saya boleh menampung kehidupan seharian saya.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mencadangkan agar Nonny kembali bekerja.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version