Memasuki 10 malam terakhir Ramadan, pelakon, Nora Danish tidak melepaskan peluang meluangkan masa dengan memperbanyakkan ibadah bersama keluarga. Menerusi perkongsian di media sosial, Nora berkongsi momen menyentuh hati apabila putera sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram mengimamkan solat pada malam ke-27 Ramadan.
Perkara itu nyata membuatkan pelakon berusia 44 tahun itu terharu apabila melihat anaknya semakin matang dan menjadi penyejuk hati keluarga. “Menjadi di antara kenangan yang terindah. My qiam partner Ramadan ke-27. Semoga menjadi anak penyejuk hati keluarga ,”tulisnya.
Momen tersebut turut memperlihatkan kebahagiaan kedua-dua beranak itu yang sama-sama mentadabbur al-Quran dalam suasana penuh keberkatan. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui momen tersebut sangat berharga dan mendoakan agar anak-anak pelakon berkenaan menjadi insan yang soleh dan berbakti kepada orang tua.
Untuk rekod, Rayqal merupakan anak hasil perkahwinan Nora bersama Riza Rizal Ashram atau Jejai, manakala Nora juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, Mohamed Neqayl hasil perkongsian hidup dengan Nedim Nazri. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
