Rekaan dari jenama tempatan, Nurul Shuhada luah rasa syukur anak perempuan menang anugerah baju terbaik di Australia

Advertisements
Advertisements

Bekas isteri kepada aktor Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa syukur apabila puteri sulungnya, Humaira berjaya memenangi anugerah pakaian terbaik sempena ‘Harmony Day’ di Australia. Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Shuhada berkongsi keterujaannya sambil meminta pengikut meneka siapakah pemenang bagi kategori pakaian terbaik pada hari tersebut.

“Cuba teka siapa menang Best Dressed hari ini? Humairah berjaya menang untuk kategori perempuan di sekolah,” tulisnya. Menurut Shuhada, kedua-dua busana yang digayakan anak-anaknya itu merupakan rekaan daripada jenama tempatan, sekali gus menampilkan identiti Malaysia di luar negara.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi kisah anak lelakinya, Umar, yang tidak memenangi anugerah tersebut kerana enggan memakai kopiah seperti yang disarankan. “Umar tak menang sebab tak nak dengar cakap ibu, tak nak pakai kopiah nanti rambut dia rosak,” kongsinya lagi.

Walaupun begitu, Shuhada tetap berbangga dengan usaha anak-anaknya yang membawa semangat Malaysia dalam penampilan mereka. “Semangat Malaysia kena ada,” tambahnya lagi. Terdahulu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meluahkan rasa syukur apabila puteri sulungnya, Humaira cemerlang dalam bidang akademik.

Shuhada berasa bangga kerana anaknya itu berjaya dianugerahkan sebagai pelajar terbaik bagi sesi persekolahan pada tahun lalu.Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version