Satu lori penuh dengan beras dan keperluan asas, Individu ini dedah sisi pemurah Nur Fazura yang ramai tak tahu

Advertisements
Advertisements

PELAKON Nur Fazura sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sisi peribadinya yang pemurah didedahkan oleh individu yang pernah bekerjasama dengannya. Perkongsian itu dibuat menerusi Threads oleh Hafiz Mohamed Nassir yang menyifatkan aktres berkenaan sebagai seorang yang suka bersedekah tanpa menghebahkan kepada umum.” Sepanjang pengalaman saya bekerja dengan fazura, ada satu perkara yang ramai orang mungkin tidak tahu tentang dirinya.

“Fazura adalah seorang yang sangat suka bersedekah, tetapi dia tidak pernah suka menceritakan perkara itu kepada umum. Banyak perkara baik yang dia lakukan secara senyap dan penuh keikhlasan,” katanya pada Rabu. Hafiz turut berkongsi bahawa Fazura secara konsisten menyalurkan bantuan makanan setiap hari Jumaat kepada golongan yang memerlukan termasuk anak-anak yatim.

“Antara yang saya sendiri pernah lihat, setiap hari Jumaat akan ada bantuan makanan dihantar kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan. Satu lori penuh dengan beras dan keperluan asas. Perkara itu dilakukan secara konsisten, tanpa hebahan dan tanpa publisiti. Itulah sifat sebenar Fazura,” ujarnya.  Tambah Hafiz, dia menyifatkan Fazura ini sebagai seorang yang baik hati, lemah lembut dan juga berkasih sayang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut bersetuju dan menyifatkan Fazura seorang wanita yang baik hati dan pemurah dengan senyuman.  “Saya pernah jumpa Fazura, dia memang baik hati.” “Fazura ini memang tidak pernah lepas dengan senyuman. Tenang sahaja tengok dia,” kata warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version