Penyanyi Shila Amzah dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama suami dan dua cahaya matanya di Shanghai, China susulan komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan. Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, 36, memaklumkan mereka akan berangkat ke China bagi membuat persiapan menjelang konsertnya yang dijadual berlangsung pada 21 Mac.
Pada hantaran yang sama, pelantun lagu Patah Seribu itu memberi bayangan seolah-olah berat untuk beraya di negara asing, namun terpaksa diteruskan demi memenuhi komitmen konsert yang telah dijadualkan. “Okay, panik sekejap. Esok kami sekeluarga akan ke China untuk konsert saya pada 21 Mac. Maknanya, kami akan makan mee tarik pada hari raya di Shanghai. Tiba-tiba terasa realitinya.”
Dalam pada itu, Shila mengakui berasa gementar untuk membawa anak-anaknya menaiki penerbangan yang panjang, apatah lagi dengan pelbagai ragam yang sukar dijangka. Menyifatkan sambutan Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza, Shila bagaimanapun tidak ketinggalan membuat persiapan raya dengan membawa baju tradisional ke China.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
