Teruk kena kritik dengan warganet, Umie Aida titipkan kata kata semangat buat Betty Rahmad

Advertisements
Advertisements

Pelakon Datin Seri Umie Aida menyorot perhatian warganet selepas berkongsi sedutan video bersama adiknya yang juga seorang selebriti, iaitu Betty Rahmad. Menerusi perkongsian video di TikTok, Umie, 53, kelihatan memeluk adiknya sebagai tanda sokongan susulan kontroversi yang melanda Betty. Kata Umie, kadangkala ujian sedemikian membuka mata seseorang untuk melihat siapa sahabat yang benar-benar ada di sisi. Klik sini untuk lihat video.

“Kadang-kadang ujian begini membuka mata kita, siapa sahabat yang benar-benar ada. Bukan sekadar ada pada waktu senang, tetapi yang berani berdiri di hadapan ketika kita diuji.” Ujarnya lagi, setiap dugaan juga mengajar seseorang memahami satu tahap kehidupan yang baharu. Dalam pada itu, Umie turut berkongsi pandangan bahawa tidak mengapa jika ada yang membenci kerana dia percaya Allah tetap akan menghadirkan insan berhati bersih yang mampu memahami serta mendoakan yang terbaik.

“Betty, awak belajar satu level kehidupan. Apa yang penting, kita terus perbaiki diri dan berjalan di jalan yang Allah reda. Biarlah ada yang membenci, kerana Allah juga akan hadirkan hati yang bersih untuk memahami dan mendoakan kita.” Sekadar info, sebelum ini Betty menjadi perbualan hangat di media sosial selepas didakwa bersikap biadab terhadap seorang peniaga di Celebfest yang berlangsung di Singapura.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version