Penerbit, Yusof Haslam meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Syamsul Yusof sudah mempunyai semangat hidup dan kembali ceria selepas melalui fasa sukar dalam kehidupan. Ketika ditemui, pemilik nama Mohd Yusof Md. Haslam Khan, 71, berkata Syamsul sebenarnya sudah lama kembali ke pangkuan keluarga pada beberapa bulan yang lalu namun tidak dihebahkan kepada umum.
“Alhamdulillah sebenarnya Syamsul sudah balik lebih kurang dua atau tiga bulan tapi kami tidak war-warkan. Kebetulan Hari Raya, isteri saya ambil gambar semua. Alhamdulillah, saya pun nampak dia sudah mula bersemangat.” Yusof berkata demikian selepas video Syamsul bersalaman dengan ahli keluarga di pagi Hari Raya tular di media sosial.
Kata Yusof, dia tidak pernah berhenti berharap agar anaknya itu kembali bangkit dan meneruskan kehidupan seperti biasa. “Saya pun nasihatkan dia, apa sekali perjuangan kena diteruskan, jangan patah semangat. Kita jangan jadi manusia lemah dan apa yang kita buat, kita kena teruskan. Allah SWT sudah beri dia bakat besar. Jangan sia-siakan bakat yang Allah berikan itu. Teruskan perjuangan, pandang ke depan. Awak kena ‘move on’, tidak boleh murung dan mengasingkan diri.
Alhamdulillah saya nampak semangatnya. Dia sudah mula ceria dan balik untuk teruskan kerja-kerja yang terbengkalai.” Sementara itu, Yusof turut berkongsi Syamsul kini dalam persiapan untuk menyiapkan dua filemnya iaitu Original Gangster dan Khawarij. “Dia ada dua filem untuk disiapkan. Yang pertama filem Original Gangster yang sudah mengambil masa tiga tahun. Katanya, dia hendak siapkan tahun ini dan filem Khawarij.
Filem itu juga insya-Allah akan siap tahun ini. Mungkin ditayangkan pada akhir tahun atau awal tahun depan.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
