7 tahun mengejar impian, Abang minyak hitam jalanan kongsikan momen berharga kini dapat memiliki sebuah lori

Advertisements
Advertisements

Seorang mekanik yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan berkongsi momen berharga apabila hasrat memiliki sebuah lori akhirnya menjadi kenyataan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Abang Minyak Hitam Jalanan atau nama sebenarnya Mohd Yusof Mohd Noor menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan dan doa isteri buatnya. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Yusof, dia berusaha keras selama tujuh tahun demi merealisasikan impian memiliki sebuah lori bagi mengembangkan servis minyak hitam yang diusahakan. “Terima kasih selama ini jadi tulang belakang saya. Alhamdulillah, lori kita dah siap. Selama 7 tahun kita usaha sama-sama. Terima kasih banyak. Mimpi jadi kenyataan.

Kalau tiada dia (isteri), mungkin aku tiada di tahap ini. Terima kasih sebab selalu ada susah dan senang.” Difahamkan, servis minyak hitam berasaskan lori itu telah mula beroperasi dengan meliputi kawasan sekitar Petaling Jaya dan Damansara. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tumpang gembira melihat kejayaan Yusof yang sering berkongsi rezeki dengan pelanggannya.

Selain itu, warganet turut menitipkan pesanan agar sentiasa menjaga hubungan suami isteri walau apa jua keadaan. Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Yusof membantu seorang individu iaitu Dicky Yau yang sedang mengalami kerosakan motosikal. Yusof sebelum ini kerap berkongsi kandungan di akaun TikTok miliknya iaitu “Minyak Hitam Jalanan”, yang memaparkan usahanya membantu individu yang berdepan masalah kerosakan motosikal tanpa mengharapkan balasan atau bayaran.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version