Pelakon Aprena Manrose baru-baru ini berkongsi luahan perasaannya mengenai perjalanan untuk menimang cahaya mata. Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman menceritakan bahawa dia dan sepupunya, aktres Nelydia Senrose, pernah melalui proses Trying To Conceive (TTC) bersama-sama.
Namun, sepupunya itu kini sudah berbadan tetapi rezeki untuk dirinya menimang cahaya mata masih belum tiba. “Dulu saya dan Nely (Nelydia) sama-sama TTC. Kita kuatkan sesama kita. “Sekarang tinggallah saya sorang je yang belum ada rezeki anak. Semua cousins dah beranak pinak. Saya bila lagi ya Allah?”
Hantaran itu menerima pelbagai komen daripada pengikutnya yang memberi semangat dan doa agar Aprena segera dikurniakan rezeki anak. Sebelum ini, pelakon Nelydia Senrose mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan. Nelydia bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungannya.
Untuk rekod, Aprena pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016. Bagaimanapun pada Jun 2025 Aprena mengumumkan dia sudah bercerai tanpa mendedahkan tarikh sebenar mahupun punca perpisahan tersebut.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
