Pelakon Didi Astillah berkongsi detik awal dia mula menyedari perubahan kakaknya, Bella Astillah yang dikatakan sedang dilamun cinta. Menerusi satu perkongsian di Instagram Inayah Trading, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 30, berkata dia mula menghidu perkara tersebut ketika mereka berada di Semporna, Sabah. “Sebenarnya saya mula nampak waktu kami pergi ke Semporna, kalau tak silap. Sebelum itu memang tak pernah bercakap atau detect benda itu.
Tapi kita nampak kemesraan itu, kita ada naluri sebab itu kakak saya,” katanya. Menurut Didi, perubahan tersebut dapat dilihat melalui riak wajah Bella yang kelihatan lebih ceria terutama ketika bekerja. “Dia memang kuat kerja, tapi bila dia bekerja dengan partner yang tak tahu, senyuman dia lain macam. Dia nampak tak penat dan sentiasa okey, tapi bagi didi Sabah kot” ujarnya.
Tambahnya, sebagai adik, dia mudah mengenali perubahan emosi kakaknya sama ada sedang gembira atau sebaliknya. Terdahulu, pada 28 Mac lalu, Bella dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat. Dalam majlis tersebut, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016. Mereka kemudiannya berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk kembali, namun berpisah buat kali kedua pada Mac 2024. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
