Bekas pembantu peribadi, Dato’ Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli menyuarakan hasrat untuk membuang bulu mata yang digayakan usahawan itu jika mereka kembali berbaik. Perkara tersebut dinyatakan Iqbal menerusi hantaran di platform Thread apabila merasakan penampilan tersebut tidak sesuai untuk Vida. “Kalau saya dengan Dato Seri Vida berbaik kembali, perkara pertama saya mahu buat adalah buang bulu mata dia. Saya tengok macam tiga inci juga masa di rumah Dato’ Seri Aliff Syukri hari tu,” ujar Iqbal.
Dia mengatakan mahu mengembalikan penampilan Vida sama seperti sewaktu di masih menjadi pembantu peribadinya tanpa menghilangkan identiti asal usahawan terbabit. Iqbal turut memberikan beberapa contoh penampilan Vida yang dilihat lebih minimal dan ringkas, namun tetap kelihatan mewah. “Ini pun saya pilih semuanya. Rasanya pakaian ringkas begini sesekali pun cukup mewah dan nampak lebih bagus kan? Make up juga menimal. Jarang nampak Dato Seri Vida tanpa bulu mata panjang kan?” tulisnya.
Terdahulu, pertemuan antara Vida dan Iqbal sewaktu majlis rumah terbuka Dato’ Seri Aliff Syukri telah menjadi perhatian ramai susulan kisah cinta mereka yang tidak kesampaian beberapa tahun lepas. Dalam siaran langsung tersebut, Vida mengakui terkilan dan kecewa dengan apa yang berlaku memandangkan sudah ‘menyimpan telur’ di hospital sebagai persediaan untuk berumah tangga dengan Iqbal, namun impian tersebut terkubur. Mereka difahamkan sudah beberapa tahun tidak bersua dan baru kembali berjumpa sewaktu di acara tersebut.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
