Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui dirinya amat mengagumi keperibadian Ayden Adrian iaitu anak kepada tunangnya, Bella Astillah. Menurut Saddiq, Ayden bukan sahaja aktif dalam bidang sukan malah menunjukkan minat yang mendalam terhadap sukan lasak seperti triathlon dan pernah menyertai ‘Iron Kids’.
“Bella memang sudah iron women tapi untuk menyertai ironman mungkin Ayden dulu. Ayden memang dah buat ‘Iron Kids’ sebelum ini dan pun sangat suka sukan triathlon, dia boleh berenang dengan baik, tapi Ayden ini agak luar biasa. Walaupun dia baru berumur sembilan tahun, dia bukan setakat pandai, cerdik, dah guna Chat GPT, sangat unik. Kalau boleh di YouTube pun dia bukan tengok benda yang tidak berfaedah tetapi dia menonton dokumentari pendek yang menarik dan pada masa sama kuat bersukan juga,” jelasnya.
Saddiq berkata demikian dalam sesi temu bual di YouTube bersama podcast @lebihmasa. Dalam pada itu, Saddiq juga turut menyentuh mengenai fasa baharu dalam kehidupannya apabila bakal memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa. “Betul tanggungjawab seorang suami khususnya seorang bapa sangat berbeza sebab itu saya sedikit sebanyak take a lilttle bit step back from politik.
Khusus dalam ‘frontline national’ politik sebagai presiden sebuah parti politik untuk memberikan fokus menjadi seorang suami dan juga bapa yang lebih baik, insya-Allah,” ujarnya. Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat. Selain Ayden, Bella juga memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Ara Adreanna.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
