Gelagat anak kepada personaliti media sosial, Maryam Durian Kimchi iaitu Rina yang menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi imam di sekolah telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian di Instagram, Maryam memuat naik video yang memaparkan seorang guru berkongsi cerita mengenai Rina yang secara spontan menawarkan diri untuk menjadi imam selepas guru tersebut bertanya siapa yang ingin memimpin solat. Klik sini untuk lihat video.
“Pernah ada satu masa, dia tengah pakai stokin selepas keluar daripada tandas. Dia tanya, ‘apa itu imam? Rina tak tahu’. Bila dah terangkan Rina faham dan bila tanya siapa nak jadi imam Rina dah tak angkat tangan.” Cikgu itu juga menjelaskan Rina sangat suka membaca surah terutamanya surah An-nas dan Al-fatihah.
Bukan itu sahaja, rakan-rakannya juga sangat suka dengan bekal yang dibawa oleh Rina kerana makanan yang disediakan oleh Maryam kelihatan begitu menyelerakan. Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen memuji Rina kerana keberaniannya menawarkan diri untuk menjadi imam serta sikapnya yang yakin dan bersahaja.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
