Nama usahawan dan jurusolek terkenal, MUA Bella sekali lagi menjadi perhatian apabila dia menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram, majlis tersebut berlangsung secara besar-besaran dengan banyak khemah didirikan di kawasan penganjuran bagi menampung kehadiran tetamu yang ramai. Klik sini untuk lihat video.
Namun apa yang mencuri perhatian, Bellaz atau nama lengkapnya Nur Nabila Zulyadaini bukan sahaja menjemput ahli keluarga serta rakan terdekat, malah turut membuka pintu kepada orang kampung dan para pengikut setianya yang selama ini menyokong perjalanan kerjayanya. Menerusi ruangan kapsyen, Bellaz meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut.
“Alhamdulillah nak nangis tengok suasana rumah terbuka saya dan suami, Mat Nuart. Terharu sangat macam tak percaya sampai sekarang. Terima kasih untuk para semua tetamu orang kampung, family rakan-rakan, followers saya yang hadir. Ampun dan maaf andai ada terkurang dan terlepas invite. Insyallah ada rezeki tahun depan insyallah bellaz buat lagi.” Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memuji sikap rendah diri Bellaz serta keprihatinannya dalam menghargai orang ramai.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
