Raikan ulangtahun perkahwinan yang ketujuh, Nelydia Senrose umum kini hamil anak pertama

Advertisements
Advertisements

SEMPENA meraikan ulang tahun perkahwinan yang ketujuh, pelakon Nelydia Senrose berkongsi berita gembira dia kini sedang hamil anak pertama.  Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32, meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan dan menganggap kehamilan tersebut sebagai hadiah paling bermakna sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

“Tujuh tahun indah menyayangi antara satu sama lain kini terasa seperti sekelip mata. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketujuh untuk kita,” katanya. Nelydia berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram pada Selasa. Dalam hantaran dibuat, Nelydia turut berkongsi video memaparkan momen manis bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid sambil menunjukkan bentuk perutnya yang semakin membesar. Untuk rekod, Nelydia dan Mohd Hafez bernikah pada 6 April 2019.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version