Lain dari yang lain, rakan dedah Noor Nabila beli pinggan pakai buang dari luar negara

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila sekali lagi meraih tumpuan warganet apabila berkongsi pinggan pakai buang yang akan digunakan sekiranya melakukan majlis rumah terbuka. Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh Rosix Omar mendedahkan barangan itu begitu eksklusif dan ia dibeli di Amazon, syarikat teknologi dan e-dagang terbesar di dunia. “Nabila taknak pinggan plastik Malaysia, jadi dia pergi Amazon beli yang lebih eksklusif.

“Dia kata beli pinggan ini untuk guna waktu rumah terbuka, nampak lebih cantik tak perlu beli yang biasa macam di kedai. Nabila ni kalau boleh tisu pun beli luar negara,” kata Rosix, semalam. Usahawan itu turut menunjukkan beberapa barangan lain yang dibeli seperti mangkuk pakai buang yang lebih mewah dan cantik. “Mangkuk ni nampak tak macam cap ayam, cantik. Hidup Nabila ni macam tiada kerja, jadi dia pun belilah benda-benda yang merapu macam ini,” kongsinya lagi. Klik sini untuk lihat video.

Sebelum ini, Rosix mendedahkan produk penjagaan kulit dan minyak wangi yang digunakan oleh Nabila ketika sedang bersiap bagi menghadiri rumah terbuka. Namun begitu, apa yang menarik perhatian warganet adalah kos bagi sebotol produk yang digunakan oleh kakak kepada selebriti Noor Neelofa dikatakan mencecah ribuan ringgit. Terdahulu, Nabila mendedahkan sanggup berhabis ratusan ribu ringgit demi menjaga kecantikan wajahnya.

Tambahnya lagi, kos penjagaan kulitnya sekitar lebih RM140,000 setahun untuk kelihatan lebih anggun biarpun tidak mengenakan sebarang solekan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version