Biasakan anak tengok ibadah di Masjid, Ryzal Ibrahim kongsikan tips untuk ajar anak solat

Advertisements
Advertisements

Selebriti media sosial dan usahawan, Ryzal Ibrahim memilih masjid sebagai salah satu inisiatif mengajar anak memahami konsep ibadah. Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menanyakan tips buat ibu bapa yang mengajar anak untuk menunaikan solat fardhu. “Kepada ibu bapa yang mula-mula ajar anak solat, ada tips? Tolong kongsikan.” Ciapan tersebut meraih perhatian Ryzal yang menyarankan agar ibu bapa membawa anak lelaki atau perempuan beribadah di masjid.

Menurut Ryzal, kanak-kanak cenderung berkelakuan lebih baik di tempat baharu sekali gus memberi pendedahan kepada mereka tentang ibadah secara berjemaah. “Pada ayah, bawa anak ke masjid. Lelaki atau perempuan, biasakan mereka lihat ibadah di masjid. Kalau solat di rumah, anak kacau, susah ikut dan bebas buat apa saja. Kalau di masjid, dia akan rasa kurang bebas sebab ramai jemaah. Tempat baru akan buat mereka behave sikit berbanding di rumah.”

Dalam pada itu, Ryzal menitipkan pesanan agar golongan ayah menguatkan bacaan ketika solat di rumah supaya fokus anak dapat dikekalkan. “Bila solat di rumah, kuatkan bacaan. Sebutan dalam rukuk, sujud supaya fokus anak tak hilang. Budak cepat bosan bila sunyi. Lepas solat, peluk anak kalau dia ikut kita solat walau tak sempurna supaya dia rasa bangga.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version