Tak rasa terbeban bila ada yang tanya berkaitan jodoh, Zara Zya luah rasa syukur sebab keluarga tak pernah letakkan sebarang tekanan soal pasangan hidup

Advertisements
Advertisements

Pelakon Zara Zya, 41, mendedahkan dia tidak pernah berasa tertekan apabila diajukan soalan berkaitan jodoh, memandangkan keluarganya sentiasa memahami dan tidak pernah mendesaknya untuk berkahwin. Memetik laporan Harian Metro, Zara, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, berkata dia bersyukur kerana keluarganya tidak pernah meletakkan sebarang tekanan mahupun kata putus berhubung soal pasangan hidupnya.

“Alhamdulillah, keluarga saya tidak pernah menekan atau memberi kata putus. Mereka semua relaks sahaja. Yang memberi tekanan itu faham-faham sajalah (orang luar). Mereka sudah tentu menanti, mahu tahu siapa, bila dan bagaimana. Namun, saya letakkan perkara itu ke tepi dahulu. Yang penting keluarga faham dan saya kini dalam fasa yang cukup tenang,” kata Zara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menyentuh perkembangan kerjayanya yang kini memasuki usia 40-an, Zara menjelaskan dia tidak mahu terlalu memilih watak, termasuk dalam naskhah bergenre romantik. Menurutnya, setiap tawaran yang diterima adalah satu bentuk kepercayaan besar daripada penerbit dan stesen televisyen terhadap kebolehannya sebagai pelakon.

“Bagi saya, setiap watak yang diberi adalah kepercayaan mereka kepada saya. Jika mereka rasa saya tidak mampu membawakannya, sudah tentu tawaran itu tidak akan sampai kepada saya. Macam watak romantis yang saya selalu dapat, contohnya dalam drama 10 episod bersama Jazmy Juma di Tonton, ada yang tidak menonton akan terus mengkritik kata kami nampak seperti kakak dan adik.

Dalam cerita itu, watak saya memang seorang wanita berusia yang jatuh cinta dengan lelaki muda. Jadi, jalan cerita itu kena tengok dulu. Kepada netizen sekalian, tonton dan lihat dahulu sesebuah drama baru tahu. Jangan tengok (luaran) terus buat andaian,” tambahnya lagi. Terdahulu, aktres itu menasihatkan orang ramai agar tidak mempertikaikan perjalanan hidup individu lain, sebaliknya lebih menghormati dan memahami bahawa setiap orang mempunyai jalan hidup yang berbeza.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version