Pasangan pempengaruh dan usahawan, Abang Tesla bersama isteri pertamanya, Nurmajdina memilih untuk menjalani ikhtiar perubatan Islam sebagai usaha mendapatkan cahaya mata. Menerusi perkongsian video di akaun TikTok pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, pasangan itu dilihat hadir untuk mendapatkan konsultasi serta rawatan alternatif selepas melalui beberapa kali keguguran.
“Saya 3 kali keguguran harap lepas buat rawatan saya berjaya hamil dan tidak gugur lagi. Bila last gugur? Bulan 10 Tahun lepas.” Pasangan ini berharap agar usaha rawatan yang dilakukan kali ini dapat membantu mereka memperoleh zuriat serta melalui kehamilan yang lebih sihat pada masa akan datang.
Sementara itu, pengamal perubatan di pusat berkenaan memaklumkan bahawa kes keguguran awal kandungan antara kes yang sering diterima pihak mereka. “Banyak kes, saya rawat gugur setiap kali awal kandungan. Semoga pasangan ini berjaya hamil dan tak alami keguguran lagi selepas ini. Saya bantu mana yang mampu, selebihnya serah kepada Allah.
Moga puan Majdina dan suami di permudahkan Allah dikurniakan cahaya mata lepas ini.” Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menitipkan doa buat pasangan ini agar dikurniakan zuriat. Terdahulu, Nurmajdina mendedahkan telah menghabiskan lebih daripada RM30,000 sepanjang dua kali melakukan rawatan IVF.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
