3 tahun dah kahwin, Fatin Afeefa dedah tak pernah minta nak masuk dalam group whatsapp keluarga suami

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Fatin Afeefa menyifatkan situasi dirinya tidak berada dalam kumpulan WhatsApp keluarga suaminya sebagai perkara yang biasa. Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mempersoalkan sama ada situasi suaminya tidak memasukkannya ke dalam kumpulan keluarga selepas baru mendirikan rumah tangga merupakan perkara normal.

“Saya baru sahaja bernikah, normal ke kalau suami tak masukkan kita dalam group WhatsApp keluarga dia?” Hantaran tersebut menarik perhatian Fatin yang tampil berkongsi pengalaman sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Aliff Awang, dia mengakui tidak pernah meminta untuk dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp keluarga pihak suaminya.

“Dah tiga tahun saya berkawin, tak pernah pun saya minta nak masuk group family suami.” Dalam masa sama, aktres drama ‘Kekasih Paksa Rela’ itu berpandangan bahawa kehadirannya dalam kumpulan tersebut tidak membawa sebarang manfaat. “Kalau saya ada dalam group family suami pun tak ada manfaat. Saya jenis susah reply.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version