Muat naik gambar tengah tidur, ramai yang terhibut bila tengok gelagat menantu Shiela Rusly

Advertisements
Advertisements

TINDAKAN bersahaja Beatrice Chitra berkongsi foto ibu mentuanya, Sheila Rusly sedang tidur lena semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Kuala Lumpur mengundang pelbagai reaksi lucu netizen. Dalam hantaran tersebut, Beatrice secara berseloroh meminta pandangan pengikutnya tentang kejelitaan Sheila walaupun sedang tidur. “Sesiapa yang rasa mama masih cantik waktu tidur sila komen sis. 

Maaf mama jangan marah, saya bosanlah. Dah kenyang makan keropok lekor Terengganu. Saya sayang mama,” katanya menerusi satu hantaran di Threads. Bersama status berkenaan, Beatrice turut memuat naik foto Sheila yang sedang tidur nyenyak dengan mulut sedikit terbuka. Dalam pada itu, Beatrice memberitahu kebiasaannya Sheila yang aktif berkongsi di Threads, namun kali ini, dia mengambil alih tugas berkenaan kerana tidak mengantuk sepanjang perjalanan.

“Biasanya mama (panggilan Shiela) yang rajin post dekat Threads, kali ini sebab saya tidak mengantuk jadi saya sajalah yang post. Dah bosan balik KL tak tau nak buat apa, update sajalah dekat Threads,” ujarnya. Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang terhibur dengan keletah menantu dan ibu mentua itu. “Sheila bangun tidur nanti siap kena tarik telinga si Beatrice ni. 

Sehingga sekarang mesti mama awak belum tengok, belum bangun kan. Kalau tak dah kena jerit,” tulis netizen. Untuk rekod, Beatrice merupakan isteri kepada anak kedua Sheila Rusly, iaitu Luth Mikhail. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 Januari 2025 dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version