Ibu kepada Syida Melvin iaitu Robiah Rahman mengirimkan satu video kepada usahawan tersebut mengenai hubungan cinta dan pengorbanan diri. Menerusi hantaran di Threads, video tersebut berisi nasihat tentang keberanian melepaskan seseorang yang tidak tahu menghargai kehadiran pasangan dalam hidup mereka. Video itu turut menjelaskan tentang perjuangan mempertahankan hubungan dengan individu yang salah hanya akan memakan diri dan melukakan hati sendiri.
“Lepaskan dia, biarkan dia pergi. Biarkan dia kehilangan kamu, sudah cukup kamu berjuang untuk seseorang yang salah. Berjuang untuk seseorang yang tidak tahu betapa berharganya diri awak. Ini bukan tentang menyerah, tetapi tentang menghargai diri sendiri. Cinta sepatutnya berlaku dua arah dan bertahan dengan orang yang tidak memberi apa-apa hanya akan terus menyakiti hati awak.”
Video berkenaan turut menyentuh soal nilai diri dan hak seseorang untuk memperoleh pasangan yang benar-benar memahami tanpa perlu merayu atau menangis demi mendapatkan perhatian. “Awak berharga dan layak mendapatkan seseorang yang lebih baik, seseorang yang mengerti diri awak tanpa perlu awak menangis dan meminta-minta.
Memang semua ini sukar dan meletihkan, tetapi ibu yakin awak boleh melaluinya. Awak kuat wahai anakku.” Terdahulu, Syida meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan seorang individu yang didakwa tidak berlaku adil sepanjang mereka menguruskan syarikat bersama selain menyifatkannya sebagai narsistik. Terdahulu, media melaporkan Syida telah memfailkan tuntutan perceraian terhadap suaminya pada Disember lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
