Patut lah popular di China, Individu ini luah rasa kagum dengan vokal dan persembahan Shila Amzah

Advertisements
Advertisements

Seorang individu meluahkan rasa kagum terhadap persembahan penyanyi Shila Amzah selepas berpeluang menghadiri konsert penyanyi itu pada Sabtu. Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan menyifatkan Shila sebagai seorang penyanyi yang memiliki kualiti vokal luar biasa.

“Menang sepasang tiket konsert Shila Amzah. Saya bukan peminat besar dia, lagu mainstream tu tahulah. Jadi saya tak jangka sesuatu yang besar. Tapi dia memang betul-betul seorang performer. Patutlah dia popular di China.” Menurutnya lagi, pelantun lagu Memori Tercipta itu berjaya menyampaikan persembahan bertenaga walaupun tampil tanpa penyanyi latar.

“Dia menyanyi seorang saja, tiada penyanyi latar pun. Tapi energinya memang terbaik. Bila tarik high note, suara dia masih jelas.” Individu itu turut memuji kualiti audio dan susunan muzik sepanjang konsert berlangsung. Malah dia juga menyifatkan persembahan tersebut jauh lebih baik berbanding tontonan di televisyen. “Bila tengok dia nyanyi live in concert macam ni lagi best compared to live tv. Rasa audio dekat DFP lagi best ke? Music arrangement pun best.

Banyak lagu dia yang saya tak familiar sebab bukan peminat, tapi seronok dengar dia menyanyi. Balik saja terus pasang playlist Shila Amzah. Memang berbaloi beli tiket konsert dia.” Sementara menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pujian diberikan terhadap vokal dan mutu persembahan Shila pada malam konsert itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version