Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly berkongsi pengalaman hidup bersama suami, Azman Yahaya atau Jinggo apabila menjawab persoalan sama ada pernah diganggu dengan kehadiran orang ketiga ataupun tidak dalam rumah tangga mereka. Menerusi perkongsian di Threads, Sheila atau mesra disapa “Sis” mendedahkan bahawa dia pernah memberi keizinan kepada suaminya, Jinggo, untuk berkahwin lain sekiranya bertemu wanita yang lebih baik ketika suaminya mula aktif mengarah drama.
“Ada yang tanya, zaman Tok Sidang rancak mengarah dulu takde penyondol ke? Sis pernah berpesan… tahun 2003 drama arahan pertama TS citer Enot. Kalau dia jumpa perempuan yang lebih baik dari sis, carry on. Beritahu je sis boleh angkat kaki tapi dia (Jinggo) jangan patah balik,” ciapannya, hari ini. Bagaimanapun, Sheila bersyukur hubungan mereka masih kekal hingga ke hari ini, sekali gus menganggap suaminya tidak pernah menemui individu yang lebih baik daripadanya.
“Sampai sekarang alhamdulillah masih ada dengan sis maknanya tak jumpa yang lebih baik lah tu,” jelasnya. Dalam masa sama, Sheila turut membalas komen seorang netizen dengan menjelaskan bahawa dirinya bukanlah seorang isteri yang sempurna seperti disangka ramai dan menerangkan faktor rupa paras bukanlah penentu kebahagiaan dalam rumah tangga. “Sis tak sesempurna yang awak sangka, kekurangan sis hanya suami yang tahu. Cantik tak cantik bukan penentu kebahagiaan rumah tangga. Ada je yang lawo laki cari lain,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1996 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
