Bakal menunaikan umrah dalam masa terdekat, Syifa Melvin luah rasa teruja

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh dan usahawan, Syifa Melvin meluahkan rasa syukur apabila bakal berangkat menunaikan ibadah umrah dalam masa terdekat. Menerusi satu hantaran di Threads, Syifa atau nama lengkapnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin mengakui dia berasa sangat teruja sehingga tidak dapat menggambarkan menggambarkan perasaan gembiranya itu dengan kata-kata.

“Kami akan berangkat untuk umrah tak lama lagi in sha Allah, punya lah excited melompat-lompat kecil dalam hati. Allah SWT jemput dalam bermacam-macam cara.” Menurut isteri kepada atlet bola sepak negara, Safawi Rasid ini berkata, pada awalnya dia merancang untuk berangkat ke tanah suci pada 30 Jun akan datang, namun perjalanan tersebut diawalkan daripada tarikh sebenar.

“Asalnya 30 Jun tapi Allah SWT panggil lagi awal. Ya Allah SWT, dosa menimbun tapi dia tetap nampak kita.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan ibadah Syifa dipermudahkan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version