Suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai berkongsi kegembiraan dengan orang ramai apabila menghadiahkan sebuah kereta jenama Suzuki Vitara buat adik perempuannya. Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkeflin, meluahkan rasa syukur kerana rezeki tersebut dapat dikongsi bersama ahli keluarganya.
Kata Ubai, pemberian itu bukan sekadar hadiah, malah merupakan satu bentuk sokongan buat adiknya yang kini bergelar seorang pendidik. Dalam masa yang sama, Ubai turut mendoakan agar adiknya lebih bersemangat menjalani rutin harian dengan kenderaan baharu tersebut. “Alhamdulillah, dapat hadiahkan adik saya sebuah kereta.
Semoga menjadi guru yang berdedikasi seperti arwah mak impikan. Dan semoga lebih ‘kalcer’ bersama kereta baru selepas ini.” Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya turut bergembira dengan pemberian Ubai. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
