Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah, meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata pertamanya bersama suami. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menyifatkan kehadiran Akira Juwita Zahra sebagai anugerah terindah daripada Allah SWT. “Dear Anakku Akira Juwita Zahra, terima kasih kerana memilih Mummy & Daddy sebagai orang tuamu.
Tiada kata-kata yang dapat Mummy gambarkan betapa bersyukurnya Mummy kepada Allah kerana sekali lagi telah menganugerahkan sesuatu yang indah buat diri Mummy.” Dalam masa sama, Watie turut menyifatkan perkahwinannya bersama Shuib sebagai antara nikmat berharga yang dikurniakan dalam hidupnya. “Selepas keindahan pertama yang Allah beri dengan berjodoh bersama Daddy Akira.
Semoga Akira menjadi pengikat kasih antara Mummy & Daddy dan juga kakak serta abang-abang Akira.” Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian Shuib yang turut meluahkan rasa cintanya buat isteri dan anak mereka. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
