Perkongsian terkini di Instagram milik usahawan dan selebriti, Noor Neelofa mencuri perhatian ramai apabila timbul dakwaan yang mengatakan dia kini sedang hamil anak ketiga. Menerusi hantaran tersebut, Neelofa, 37, memuat naik beberapa foto bagi mempromosikan minuman berperisa pisang jenama miliknya yang bakal dilancarkan semula selepas beberapa tahun tidak berada di pasaran.
Bagaimanapun, tumpuan netizen bukan terarah kepada produk berkenaan, sebaliknya ramai mendakwa terlihat bentuk ‘baby bump’ dalam gambar tersebut. Susulan itu, ruangan komen dibanjiri pelbagai pertanyaan dan spekulasi mengenai kemungkinan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu sedang berbadan dua. Rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja selain menitipkan ucapan tahniah sekiranya khabar angin mengenai kehamilan tersebut benar.
Bagaimanapun sehingga kini, Neelofa belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang tular dalam kalangan netizen itu. Untuk rekod, Neelofa dan Haris yang lebih dikenali sebagai PU Riz mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
