Tak menyesal lamar atas pentas, Hairul Azreen akui tak menyesal pilih Hanis Zalikha sebagai isteri

Advertisements
Advertisements

PELAKON Hairul Azreen menzahirkan penghargaan dan rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya, Hanis Zalikha, serta mengakui tidak pernah menyesal memilih aktres itu sebagai suri hidupnya. Hairul atau Hairul Azreen Idris, 37, berkata keputusan melamar Hanis lebih sedekad lalu merupakan antara keputusan terbaik yang pernah dibuat. “Tak tahu nak cakap macam mana yang saya sangat cinta dengan Hanis. 

Bila tulis kapsyen ini pun terasa nak menangis, tak sia-sia saya berusaha melamar dia atas pentas pada 4 Jan 2015, tunang 21 Mac 2015 dan kami nikah 5 Jun 2015,” katanya.  Hairul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam perkongsian sama, pelakon itu turut memuat naik video yang memaparkan Hanis hadir memberikan sokongan kepadanya ketika menyertai sebuah pertandingan kecergasan di Jakarta pada 28 Jun lalu. Mengimbau kembali detik awal hubungan mereka, Hairul berkata dia masih mengingati saat Hanis hadir memberi semangat kepadanya pada peringkat akhir program realiti Fear Factor pada 30 Mac 2013.

“Saya masih teringat masa dia datang peringkat akhir Fear Factor 30 Mac 2013.  Saya sayang awak sangat, baby (panggilan Hanis),” ujarnya. Untuk rekod, Hairul mencipta momen romantis apabila melamar Hanis secara langsung di pentas program hiburan Gegar Vaganza pada 4 Januari 2015.

Ketika itu, Hairul muncul bersama barisan penari membuat persembahan dengan kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me nyanyian Bruno Mars, sebelum melakukan aksi breakdance dan melamar Hanis di hadapan penonton. Hanis kemudian dijemput naik ke pentas oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse bagi menyempurnakan detik istimewa tersebut.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 21 Mac 2015 sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 5 Jun tahun yang sama. Hasil perkahwinan, Hairul dan Hanis dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 10, dan Alisa Aisyah, 7.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version