Tak jerit dan rotan bila anak dah besar, Johan dan Ozlynn bagi anak anak rasa susah supaya tahu menghargai

Advertisements
Advertisements

MENGETAHUI kos pendidikan yang semakin meningkat, pelawak dan penyampai radio Johan mengakui dia dan isteri, pelakon Ozlynn, sudah membuat perancangan awal demi memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin.

Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 42, pendidikan merupakan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh ibu bapa, namun perkara berkaitan gaya hidup dan kemahuan peribadi anak-anak bukanlah satu perkara yang harus ditanggung sepenuhnya. Ini kerana dia mahu anak-anak memahami nilai usaha dan pengorbanan serta belajar menghargai setiap kesenangan yang diperoleh.

“Pendidikan anak-anak tanggungjawab ibu bapa, tapi untuk lifestyle mereka belum tentu kita akan tanggung. Ibu bapa mana nak bagi anak mereka susah? Tiada. Tapi saya dan Ozlynn nak bagi anak-anak rasa susah supaya mereka hargai bila dah senang,” katanya. Dalam pada itu, Ozlynn, 45, berkata pendekatan mereka dalam membesarkan anak-anak kini juga banyak berubah seiring peningkatan usia serta kematangan anak-anak.

Menurutnya, jika dahulu mereka lebih tegas dalam mendisiplinkan anak-anak, kini kaedah tersebut digantikan dengan komunikasi yang lebih terbuka dan berhemah di rumah. “Bila dah makin berusia ini kami rasa nak hidup dengan tenang, anak pun makin besar, tiada lagi jerit atau rotan untuk mengajar. Sekarang lebih kepada mendidik dan bercakap… pijak ke terajang dah tak sesuai. Kita ajar mereka berfikir sebelum lakukan sesuatu,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version