Tular dakwaan digantung tugas radio, tak boleh berdiam ini pula respon dari Azad Jazmin

Advertisements
Advertisements

Penyampai radio dan pelakon, Azad Jazmin menafikan dakwaan kononnya dia direhatkan atau digantung tugas sebagai penyampai Era FM susulan beberapa isu yang dikaitkan dengannya sejak kebelakangan ini. Memetik laporan, Azad atau lebih mesra disapa Pak Azad, 50, menjelaskan ketidakhadirannya di konti selama lebih seminggu bukan disebabkan sebarang tindakan disiplin, sebaliknya kerana sedang bercuti panjang yang telah dirancang lebih awal.

Menurut penyampai radio, segmen 3 Pagi Era itu, cuti berkenaan diambil bagi meluangkan masa bersama keluarga, terutama selepas anaknya, Amarra, tersingkir daripada program Talk To My Manager 2 (TTMM2). “Benda itu salah faham sahajalah. Sebenarnya saya ambil cuti yang memang sudah lama saya minta.

Saya memang ambil cuti panjang. Kebetulan anak saya Amarra pun sudah tersingkir daripada Talk To My Manager 2 (TTMM2), jadi kami luang masa bersama. Pagi ini saya sudah kembali bertugas seperti biasa. Tak ada apa-apa masalah atau kaitan dengan mana-mana isu pun,” katanya, baru-baru ini. Mengulas lanjut, Pak Azad turut menegaskan bahawa kontroversi berkaitan isu flat Rohingya yang tular sebelum ini tidak memberi sebarang kesan terhadap kerjayanya sebagai penyampai radio.

“Sebenarnya benda ini tidak ada kaitan seperti yang diperkatakan. Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua juga berterima kasih kepada saya,” ujarnya. Sebelum ini, ketiadaan Pak Azad dalam segmen 3 Pagi Era sejak minggu lalu mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan pendengar setia stesen radio berkenaan.

Ramai netizen mempersoalkan situasi itu apabila segmen pagi yang lazimnya dikendalikan bersama Nabil Ahmad dan Radin dikendalikan oleh personaliti lain sepanjang tempoh tersebut. Malah, di media sosial turut timbul spekulasi mendakwa suami kepada pelakon Eira Syazira itu direhatkan daripada tugas susulan beberapa kontroversi yang melibatkannya sejak minggu lalu.

Antara isu yang menjadi perhatian ialah pendiriannya mengenai penempatan etnik Rohingya serta dakwaan melakukan buli siber selepas memberi respons terhadap kecaman yang diterima anaknya, Amarra, dalam TTMM2. Difahamkan, Pak Azad mula tidak bersiaran bermula Selasa minggu lalu sebelum kembali bertugas seperti biasa di konti Era FM pada pagi Khamis.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version