Terus tak jadi diet, Sheila Rusly puji Elisya Sandha rajin sediakan juadah berbuka puasa buatnya

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly, mencuri perhatian apabila berkongsi gelagat menantunya, Elisya Sandha, yang rajin menyediakan juadah berbuka puasa buatnya. Menerusi satu perkongsian di Threads, Sheila menceritakan Elisya kebiasaannya akan bertanya terlebih dahulu mengenai menu yang diinginkan sebelum menyediakan hidangan untuk berbuka. Menurut Sheila, pada awal pagi lagi Elisya sudah bertanya juadah yang mahu dinikmati.

“Pagi-pagi dah tanya mama nak buka puasa apa today? ‘Simple jer sya.. mama diet.. ok ma’. Nah sekali masak bukan main tempoyak udang dia belanja terus cancel diet, thank you for cooking,” ciapannya, semalam. Perkongsian tersebut turut memaparkan hidangan yang dimasak oleh Elisya antaranya tempoyak udang dan ikab berlado sekali gus membuatkan netizen turut terliur.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji sikap rajin dan layanan baik Elisya terhadap mentuanya. Malah, ada yang menyifatkan pelakon itu sebagai menantu yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentang keluarga. Dalam masa sama, tidak kurang juga yang meluahkan rasa kagum terhadap hubungan erat antara Sheila dan Elisya. Menurut mereka, layanan baik yang ditunjukkan Sheila sebagai mentua turut menjadi faktor hubungan kekeluargaan mereka kekal harmoni.

Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah memaklumkan bahawa dia bersyukur apabila dikurniakan anak menantu yang gemar meminta pelbagai hidangan untuk dimasaknya. Menurut Sheila, dia sendiri gemar bertanya kepada menantunya mengenai makanan yang diinginkan sebelum memasak buat mereka.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version