Pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa syukur apabila akhirnya mendapat restu keluarga mentua untuk tinggal bersama suami di kediaman sendiri. Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime memaklumkan hasrat untuk menetap di kediaman sendiri merupakan antara impian yang diidamkan sejak bergelar isteri.
Bagaimanapun, Atikah akui perasaannya bercampur baur apabila perlu berpindah keluar dan berdikari bersama suami biarpun itulah perkara yang dinanti-nantikan sejak sekian lama. “Akhirnya papa mentua saya bagi pindah rumah sendiri dengan suami. Sepatutnya gembira sebab ini yang ditunggu-tunggu sejak kahwin, nak rumah minimalist. Tapi kenapa hati ini macam berat pula?”
Dalam pada itu, Atikah menyifatkan pengalaman tinggal bersama mentua sebagai satu perkara yang terbaik kerana banyak urusan dapat dipermudahkan tanpa perlu memikirkan pelbagai perkara. “Sebenarnya duduk dengan mentua paling bahagia, tak perlu fikir semua. Terasa nervous nak berdikari dengan suami. Tapi saya percaya saya boleh.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
