Ramai yang menzahirkan rasa gembira, akhirnya Datuk Red selamat bergelar suami kepada pilihan hati

Advertisements
Advertisements

Usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar selamat bergelar suami kepada pilihan hati yang juga seorang usahawan, Rohanita di sebuah masjid hari ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun rasmi TikToknya, Datuk Red, 46, dilihat mengenakan busana Baju Melayu serba putih lengkap bersama isterinya, Rohanita. Siaran langsung itu meraih lebih 15,000 tontonan dengan rata-rata penonton menzahirkan rasa gembira serta mengucapkan tahniah kepada usahawan berusia 46 tahun itu.

Sebelum ini, Datuk Red mengesahkan dia bakal kembali berkahwin dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat. Untuk rekod, Datuk Red berpisah dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim (Datin Red) dengan talak satu pada 13 Mei 2024. Tidak lama kemudian, Datuk Red berpisah talak satu dengan Adira pada penghujung April 2024.

Terdahulu, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 24 April 2024. Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3. Difahamkan, Rohanita, 35, merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version