Suruh pergi ke masjid macam Bilal, tapi Jebat Jayden punya jawapan buat ramai yang terhibur

Advertisements
Advertisements

Anak kepada pasangan selebriti popular, Jebat Jayden menjadi perhatian ramai apabila telatah berbual bersama ibu tercinta iaitu Nabila mengundang gelak tawa warganet. Menerusi perkongsian di Instagram, Jebat dilihat bersahaja memberi jawaban setelah dipersoal sebab tidak ke masjid seperti sepupunya, Bilal. Dalam perbualan tersebut, Jebat dengan penuh yakin memberikan alasan bahawa Bilal rajin ke masjid kerana ibu bapanya merupakan seorang ustaz dan ustazah. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, apabila Nabila memberitahu walaupun mereka bukan daripada latar belakang agama, Jebat juga masih boleh menjadi seorang ustaz, kanak-kanak itu tampil dengan jawapan spontan yang membuatkan ibunya terhibur. “Pergilah masjid, Bilal pun pergi masjid,” pinta Nabila.

“Biarlah Bilal, jangan bezakan.. mak bapa dia ustaz dan ustazah, dah tertinggal jauh dah baby. Nak buat macam mana? Solat kat rumah pun lagi bagus,” katanya berseloroh sambil memberi gambaran bahawa dirinya sudah ketinggalan untuk mengejar rutin ke masjid. Jawapan Jebat itu kemudian mengundang reaksi daripada Nabila yang tidak dapat menahan ketawa setelah anak kecil itu memberitahu ibu bapanya hanya orang biasa bukan seseorang yang kuat agamanya.

“Sapa ajar you?” soal Nabila. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan cara Jebat menjawab yang dianggap lucu selain memuji kebijaksanaan kanak-kanak itu menyusun ayat walaupun masih kecil. Ada juga yang turut menitipkan doa agar Jebat Jayden membesar menjadi anak yang soleh serta berharap dia dapat bersama-sama mengikuti jejak Bilal untuk ke masjid pada masa akan datang.

Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad pernah memuji bekas isterinya, Noor Nabila dalam mendidik anak kesayangan mereka, Jayden lebih-lebih lagi berkenaan agama Islam. Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Namun jodoh mereka tidak panjang dan telah berpisah pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden Ahmad yang lahir pada 30 Ogos 2018.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version