Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur tindakan usahawan sensasi Datuk Seri Vida dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob yang didakwa memaparkan kemesraan di media sosial. Menerusi muat naik di Threads, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, menyarankan Vida dan Fazley untuk segera menikah bagi mengelakkan berlakunya salah faham kepada orang ramai. Klik sini untuk lihat video.
“Saya nasihatkan kepada Vida dan Fazley sebaik-baiknya kalian menikah dengan kadar segera. Waktu itu kalau nak buat apa pun tiada yang akan marah. Saya suka dengan perkara yang baik. Yang tidak suka dengan perkara baik ni hanya syaitan sahaja.” PU Syed turut menasihatkan agar Vida dan Fazley tidak memaparkan kemesraan di media sosial kerana bimbang mengundang perasaan kurang senang, dengki dan pelbagai tanggapan negatif daripada orang ramai.
“Orang Islam dan orang beriman suka kalau berlakunya perkahwinan, ikatan yang sah tetapi syaitan sangat suka mengacau selagi mana kita tidak berkahwin dan mengacau pelbagai usul untuk merosakkan hubungan dan sebagai. Cumanya janganlah kita viral kan perkara yang tidak elok kerana ramai sana yang bukan sahaja tidak suka tengok kita, mereka juga akan rasa dengki dan sebagainya.”
Mengulas lebih lanjut, PU Syed turut mengingatkan agar pasangan yang sedang bercinta untuk menjaga batas pergaulan. Katanya, sebagai umat Islam kita perlu menjaga adab selagi hubungan tersebut belum dihalalkan dengan ikatan perkahwinan. “Adakah ini menjadi trend bagi para pasangan bercinta? Duduk atau pun bermesra-mesra walaupun dihadapan kamera ada ramai orang.
Perbuatan begitu sepatutnya kita elakkan untuk menjaga tatasusila dan adab sebagai seorang Islam, lelaki dan perempuan. Selagi mana kita tidak diikatkan dengan ikatan perkahwinan atau ikatan yang sah maka kena jadi adab dan tatasusila supaya tidak berlaku sesuatu yang menjadi menyebabkan jadi contoh kepada orang ramai. Elakkan perkara tersebut.”
Terdahulu, hubungan Vida dan Fazley menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat acap kali mempamerkan kemesraan sejak muncul bersama dalam program Talk To My Manager (TTMM). Tidak hanya itu, tular sebuah video menunjukkan Fazley memanggil Vida dengan panggilan sayang sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
