Balik rumah terus cari isteri, Ozlynn kongsikan rutin yang diamalkan Johan untuk lepaskan tekanan kerja

Advertisements
Advertisements

Pelakon Ozlynn Waty berkongsi rutin diamalkan suaminya, Johan, setiap kali pulang dari bekerja sebagai cara melepaskan tekanan sebelum meluangkan masa bersama keluarga. Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita mendedahkan bahawa rumah tangganya pernah berdepan tempoh hambar apabila komunikasi antara dia dan suami semakin kurang, manakala perhatian masing-masing lebih banyak tertumpu kepada telefon bimbit.

Menurutnya, pada awalnya dia kurang selesa apabila suaminya sering memeluknya sebelum melangkah keluar dari rumah. Bagaimanapun, lama-kelamaan, dia mula memahami bahawa rutin sederhana tersebut sebenarnya membawa makna yang besar sebagai tanda kasih sayang, sekali gus membantu mengukuhkan ikatan antara mereka.

“Masuk tahun kelima berkahwin, saya dengan suami dah sampai tahap tak ada modal nak borak. Balik kerja, dia dengan telefon dia, saya dengan telefon sendiri. Kalau tanya pasal hari ini, jawapannya mesti ‘Okay je’ atau ‘Penat’, Memang membosankan. Sampai satu hari, suami saya buat perangai pelik. Setiap kali dia nak keluar rumah, dia akan tarik saya, peluk diam-diam dan lama. Masa itu saya rasa rimas sangat, ‘Abang ni dah kenapa? Dah la peluh, bau matahari, lepaslah, saya nak cepat ni,” tulis individu berkenaan.

Hantaran tersebut mendapat perhatian Ozlynn dan mengakui suaminya juga mengamalkan rutin yang sama walaupun pada awalnya dia berasa sedikit rimas namun kini dia memahami bahawa pelukan itu merupakan cara suaminya “mengecas semula bateri” selepas berdepan tekanan kerja sepanjang hari.

“Good ni yang suami saya amalkan… dia cakap charge bateri nak habis, kadang rimas sampai sekarang dia balik je dari kerja lepas bagi salam dia akan sebut mana isteri saya… saya nak peluk.” balasnya. Ozlynn turut memberitahu, anak-anak mereka sering berlari mendapatkan Johan sebaik sahaja dia pulang, namun suaminya akan meminta mereka menunggu sebentar kerana mahu memeluk isterinya terlebih dahulu.

Anak-anak datang serbu kat dia, dia akan cakap sorry i’m looking for my wife.. lepas peluk saya dia akan panggil anak-anak pula, cara dia peluk sambil pejam mata lama, kita boleh rasa warm badan dia,” jelasnya. Menurutnya lagi, tindakan itu sebenarnya menjadi cara Johan melepaskan segala beban dan tekanan yang dihadapi di tempat kerja sebelum memberi sepenuh perhatian kepada isteri dan anak-anak di rumah.

Aktres itu turut menitipkan doa agar semua suaminya sentiasa berada dalam peliharaan Allah. “Sebenarnya itu adalah cara para suami melepaskan hal kerja di luar, sekarang masa untuk isteri dan anak pula. “Semoga Allah pelihara suami kita semua,” tambahnya lagi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version