Nampak semakin mesra, ini pula respon DS Vida tentang hubungan dengan Datuk Fazley

Advertisements
Advertisements

DILIHAT semakin mesra, usahawan sensasi Datuk Seri Vida menjelaskan panggilan sayang yang diluahkan oleh penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob sebenarnya bermula secara tidak sengaja apabila penyanyi itu tersasul ketika mereka berbual. Bagaimanapun, Vida atau Hasmiza Othman, 55, berkata dia sendiri tidak mengetahui punca Fazley terus menggunakan panggilan berkenaan sehingga menjadi perhatian ramai.

“Panggilan saya itu bermula dengan tersasul. Saya tak tahu kenapa Fazley boleh tersasul, kemudian asyik ulang perkara sama,” katanya kepada mStar. Berkongsi lanjut, Vida berkata dia lebih selesa membiarkan orang ramai membuat penilaian sendiri mengenai hubungan mereka berbanding memberi pelbagai penjelasan.

Menurutnya, sebagai seorang wanita dia perlu menjaga batas dan tidak mahu terlalu terbuka mengulas perkara yang masih belum mempunyai kepastian. “Saya perempuan, nak cakap pelik-pelik tak boleh. Biar netizen sendiri tengok dan nilai. Sebagai seorang perempuan tak bolehlah lebih sudu daripada kuah,” ujarnya. Sebelum ini, tular video memaparkan Fazley memanggil Vida dengan panggilan sayang ketika mereka berdua sedang bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version