Pelakaon Amyza Aznan terus menjadi perhatian ramai apabila penampilannya berniqab semakin kerap dilihat peminat menerusi perkongsian di media sosial. Memetik laporan mStar, perubahan tersebut turut mengundang persoalan apabila Amyza dilihat tidak mengenakan niqab pada setiap keadaan sehingga ada yang mempersoalkan pendiriannya mengenai pemakaian penutup wajah berkenaan.
Menjawab perkara itu, Amyza, 50, menjelaskan bahawa niqab bukan sesuatu yang wajib dan dia tidak melihat sebarang masalah untuk memakainya atau membukanya berdasarkan keadaan serta keselesaan diri. “Memang akan ada kata-kata (netizen) macam itu tetapi jangan ambil serius sangat sebab benda itu tidak wajib.
Kalau kita nak pakai, kita pakai dan kalau nak buka, kita buka. Bukan macam tudung, kalau tudung itu memang satu kesalahan kalau sekejap pakai, sekejap buka seolah-olah macam mempermainkan. Tapi niqab bagi saya benda yang tak perlu diperbesar-besarkan. Saya selesa pakai dan selesa juga kalau tak pakai. Tak ada isu pun,” katanya baru-baru ini.
Menurut Amyza, sejak kebelakangan ini dia hampir setiap kali keluar rumah memilih untuk mengenakan niqab kerana mendapati pemakaian tersebut memberikan rasa selamat, selesa dan ketenangan kepadanya sebagai seorang wanita. “Saya tak tahu, bila pakai saya rasa selamat, selesa, tenang dan rasa ‘mahal’ sebagai seorang perempuan. Nikmat sangat.
la (niqab) bermula secara tiba-tiba. Mula-mula saya pakai ketika pergi kubur sahaja, lepas itu benda tersebut menjadi sesuatu yang selesa. Rasa selesa dan selamat itu sukar nak digambarkan,” kongsinya. Bukan sekadar memberi ketenangan kepada dirinya, Amyza berkata pemakaian niqab turut mengubah cara orang di sekeliling berinteraksi dengannya.
“Bila kita pakai benda itu, automatik orang akan jaga jarak dan jaga percakapan dengan kita. Banyak benda yang positif. Cuma jangan jadikan isu kalau sekejap saya pakai, sekejap saya buka kerana benda itu bukan wajib,” ujarnya. Dalam masa sama, Amyza menegaskan bahawa keputusan untuk berniqab tidak bermakna seseorang wanita perlu mengenakan jubah atau pakaian tertentu.
Sebaliknya, dia berpendapat perkara utama adalah memastikan pakaian yang dipilih memenuhi batas kesopanan, tidak ketat, longgar serta tidak menarik perhatian secara berlebihan. “Apa yang tak kena? Saya tetap pakai baju yang longgar dan seluar yang longgar. Tak semestinya pakai niqab kita kena pakai jubah. Janji benda itu tak ketat, tak mencolok mata, okey. Pakai niqab tapi kita tetap tahu batas dan tahu pakaian kita itu okey serta longgar, jadi tak ada masalah,” tambahnya lagi.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
