Pelakon, Bella Astillah menegaskan pemilihan pengiring pengantin (bridesmaid) untuk perkahwinannya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada bulan Oktober nanti dibuat berdasarkan hubungan persahabatan yang tulus dan ikhlas. Menurut Bella, 32, persahabatan bukan sekadar mengenai sejauh mana hubungan itu diketahui umum, sebaliknya yang lebih penting adalah keikhlasan yang terjalin antara mereka.
“Apa sebenarnya nilai persahabatan di mata korang? Adakah ‘best friend’ hanya dikira bila sentiasa berkepit, sentiasa muncul dalam posting dan sentiasa ditunjukkan kepada satu dunia? Dan sejak bila pula bila kita bercakap tentang ‘BRIDESMAIDS’ semua dalam tu wajib yang popular atau artis? Saya lebih memilih pure and genuine friendship. Sudah tentu ada kawan-kawan dalam industri yang saya sangat hormati dan sayang juga. Tapi semua ada kehidupan sendiri, ada kerja, keluarga, komitmen dan kesibukan masing-masing.
Tak semestinya setiap masa kena bersama atau sentiasa muncul di social media untuk membuktikan sesuatu.” Malah, Bella berkata kematangan membuatkan dirinya lebih memahami persahabatan yang paling ikhlas tidak semestinya perlu dipamerkan atau diketahui ramai. Katanya, media sosial hanya memaparkan sebahagian kecil daripada kehidupan seseorang, justeru tidak semua perkara yang bermakna perlu mendapat pengiktirafan daripada orang lain.
“Ada kawan yang kita bercakap setiap hari, ada yang tinggal beribu batu jauh, ada yang mungkin berbulan tak berjumpa. Tapi bila berjumpa, hubungan itu tetap sama. Elyssa Murni Johari, contohnya, dah jadi kawan rapat Bella sejak umur 8 tahun dan sekarang dia tinggal di Dubai. Setiap kali kami FaceTime, video call atau catch up, takkan setiap momen tu perlu saya screen record dan post untuk membuktikan persahabatan kami?”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
