Lebih terbuka untuk terima kehadiran individu baru dalam hidup, Nadia Brian beri peluang kedua untuk bercinta tapi bukan dengan Nedim

Advertisements
Advertisements

GARA-GARA berkongsi kesediaannya untuk memberi peluang kepada seseorang, hantaran pelakon Nadia Brian di Threads mengundang perhatian warganet sehingga dikaitkan dengan bekas kekasihnya, ahli perniagaan Nedim Nazri. Tampil menjelaskan perkara itu, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata hubungannya dengan Nedim dalam keadaan baik dan mereka masih berkawan.

“Tak adalah, kami kawan. Tapi kalau ada jodoh, adalah. Apa-apa pun, kita doa yang baik-baik. Insya-Allah. Apa-apa pun dalam hidup kita boleh bagi peluang untuk orang, kan? Sebab kita pun perlukan peluang juga. Jadi, insya-Allah,” katanya. Bagaimanapun, Nadia menjelaskan ‘peluang kedua’ yang dimaksudkannya lebih kepada memberi ruang kepada diri sendiri untuk kembali berkawan dan mengenali seseorang.

Katanya, selepas melalui pengalaman lalu, dia kini lebih terbuka untuk menerima kehadiran individu baharu dalam hidupnya, terutama mereka yang masih bujang. “Peluang kedua untuk berkawan pun tak salah. Saya rasa kita juga kena beri peluang kedua kepada diri sendiri. Kalau ada jodoh atau apa-apa, sudah tentu saya masih nak cuba lagi. Jadi, beri peluang kepada diri sendiri untuk berkawan dan menerima. 

Tidak seperti sebelum ini yang macam dah tak nak dan serik. Sekarang saya lebih rasa, kenapa tidak? Kita bagi peluang kepada diri sendiri untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang bujang,” ujarnya. Dalam pada itu, Nadia turut meluahkan rasa terharu dengan pelbagai pesanan yang dititipkan netizen susulan hantaran tersebut.

Menurutnya, dia menghargai setiap pandangan yang diberikan dan memilih untuk mengambil perkara yang baik sebagai panduan. “Banyak pesanan daripada netizen. Terima kasih. Yang mana bagus kita ambil. Yang mana tak bersetuju tak apalah, itu pendapat mereka,” kongsinya. Untuk rekod, Nadia dan Nedim pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar hujung tahun 2025 namun mengumumkan perpisahan mereka pada Mac 2026.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version