Muat naik gambar terbaru jadi perhatian warganet, ramai yang puji penampilan terbaru Zahirah MacWilson bertudung semasa bercuti di Bali

Advertisements
Advertisements

HANTARAN pelakon Zahirah MacWilson yang mengenakan hijab ketika bercuti bersama keluarga di Bali, Indonesia mencuri perhatian netizen.  Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, menerusi perkongsian di Instagram mengenakan busana serba coklat berserta hijab bersama suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza.

Hantaran tersebut sekaligus mencetuskan persoalan ramai sama ada aktres berkenaan sudahpun mengubah penampilannya. “Satu petang yang cerah di bulan Julai, satu petang yang cerah bersamamu,” tulis Zahirah pada ruangan kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan juga peminat memuji dan mendoakan supaya pelakon tersebut istiqamah dengan keputusan yang dilakukan itu. 

“Semoga Allah permudahkan segala urusan Ira,” kata Hannah Delisha.” “Masya-Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen Sherry Ibrahim. Antara rakan selebriti lain yang turut memuji dan menitipkan doa termasuklah Mira Filzah, Mimi Lana, Azira Shafinaz dan ramai lagi. Sebelum ini, Zahirah berkongsi beberapa foto ketika bercuti bersama keluarga yang turut memperlihatkan penampilan terbaharunya mengenakan hijab. Bagaimanapun setakat ini Zahirah masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung penampilan terkininya itu. 

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version